Malaysia Travel - Privilege Card

21 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

20 Februari 2020, Khamis – Program Malaysia Travel Privilege Card bersama Pusat Internet telah diadakan bagi kawasan Urban Poor Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pusat Internet PPR Kerinchi pada 19 Februari yang lalu bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Tourism Malaysia dan Penang Tourist Centre Bhd memperkenalkan kad perjalanan diskaun pertama yang dikenali sebagai Travel Privilege Card (Malaysia). Objektif utama kad keistimewaan ini adalah untuk menggalakkan pelancong untuk melawat tempat menarik di Malaysia dan menikmati keistimewaan yang ditawarkan dengan menggunakan kad tersebut. Pusat Pelancongan Pulau Pinang berkolaborasi bersama SKMM melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat Digital (DSDD) dengan idea untuk menjadikan Pusat Internet terpilih di bawah POC sebagai salah satu platform menjadi wakil untuk mempromosi kad tersebut kepada komuniti setempat dan pelancong luar.

Latihan diberikan kepada setiap Pengurus PI dan Penolong Pengurus di PI terpilih oleh Pegawai dari Pusat Pelancongan Pulau Pinang. Antara pengisian latihan adalah pengenalan kad keistimewaan pelancongan pelancong Pulau Pinang/Malaysia, kriteria dan tamat tempoh kad, tempat tarikan yang boleh dikunjungi, serta butiran mengenai pembelian kad atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas